30 Tips Langsing
- Pastikan air kegemaran anda ialah ‘plain water’ / ‘sky-juice’ / ‘air kosong’ ~ Tukar air kegemaran anda dari yang manis kepada air kosong. Selain dari mengandungi kalori yang tinggi, air manis/carbonated drinks membuatkan anda mudah rasa lapar. Air kosong adalah air terbaik untuk tubuh, dan membantu untuk menurunkan berat badan kerana free kalori dan juga mengenyangkan. Tak percaya? Cuba selama 21 hari mengamalkan minum air kosong dan lihat perbezaannya pada diri.
- Amalkan makan 5-6 kali sehari (hidangan kecil) berbanding makan 2-3 kali sehari (hidangan besar) ~ anda lebih mudah kenyang dan langsing dengan teknik sebegini kerana dapat mengelakkan makan berlebihan dan mengawal insulin tubuh. Apabila anda makan dalam hidangan besar, tubuh mengeluarkan insulin yang tinggi, ia menyebabkan anda akan mudah untuk makan berlebihan sekaligus mengganggu sistem tubuh, metabolisme dan kadar gula dalam darah. Selain dari itu, makan hidangan kecil yang lebih kerap dapat mengurangkan bebanan organ hati, sistem perkumuhan dan pencernaan.
- Berjalan kaki selama 45 minits sehari ~ Kajian mendapati berjalan kaki selama 45 minutes sehari membantu mempercepatkan pengurangan lemak di tubuh.
- Banyakkan warna biru dikeliling anda ~ Percaya atau tidak, warna biru berfungsi untuk mengurangkan/mengawal selera makan! Cuba anda perhatikan di kedai-kedai makan / restaurant sangat jarang menggunakan warna biru. Jadi perbanyakkan warna biru seperti pinggan biru, sudu biru, mangkuk biru, alas meja biru atau baju biru semasa makan. Elakkan warna merah, kuning dan orange sewaktu makan kerana ia menignkatkan selera makan anda.
- Kecilkan size pinggan anda ~ Kajian mendapati, lebih kecil hidangan di hadapan anda, selera makan lebih terkawal. Jadi gunakan mangkuk/pinggan/piring kecil untuk hidangan makan anda.
- Banyakkan sayur-sayuran di dalam diet seharian ~ Sayur-sayuran mengandungi tinggi serat, vitamins dan minerals yang diperlukan oleh tubuh. Lebihkan sayur-sayuran di dalam diet seharian dapat membantu anda mudah rasa kenyang sekaligus dapat mengawal selera makan berlebihan.
- Minum Kopi-O ~ Sekiranya anda suka minuman berkafein seperti kopi, kurangkan kopi campuran krimer dan susu, digalakkan minum kopi-o asli. Ini dapat mengurangkan penambahan kalori dalam diet, tetapi tetap memberi tenaga pada tubuh.
- Makanlah 90% dari rumah ~ Restaurant dan kedai makan selalunya menyediakan juadah dalam size besar dan kepelbagaian jenis makanan menyebabkan anda mudah rambang mata. Penyediaan makanan yang mengandungi bahan penyedap rasa juga adalah lebih tinggi daripada makanan yang anda sediakan sendiri di rumah.
- Kurangkan makanan dan minuman manis ~ Minuman dan makanan manis selalunya akan membuatkan anda mudah rasa lapar dan menyebabkan keinginan untuk mengudap tanpa henti.
- Nikmati kelazatan makanan, kunyah dengan perlahan, jangan gelojoh ~ Letak sudu dan garfu anda setiap kali mengunyah makanan, kunyah dengan perlahan dapat membantu penghadaman lebih baik juga membuatkan anda cepat merasa kenyang.
- Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang ~ Dengar dan fahami signal tubuh. Seringkali rasa dahaga disalaherti oleh minda kepada lapar menyebabkan anda mengudap sentiasa.
- Makanlah buah-buahan sebenar berbanding jus buah ~ 1 kotak kecil jus apple lebih tinggi kalori daripada sebiji apple sebenar. Buah-buahan yang dikunyah terus lebih tinggi serat dan menyebabkan rasa kenyang lebih lama berbanding daripada jus buah 'instant' (kecuali buah-buahan yang diperah terus tanpa gula dan diminum dengan serat-seratnya)
- Turun naik tangga 10 minit setiap hari ~ Ia membantu meningkatkan metabolism dan juga mengencangkan otot dengan cara paling mudah dan berkesan (anda tidak lagi perlukan modal yang besar untuk senaman efektif ini!)
- Lakukan kerja rumah sendiri setiap minggu ~ Lakukan ‘spring cleaning’, mop lantai, menyapu laman, membasuh sendiri kereta, mencuci bilik air, mengelap tingkap, menggosok lantai dengan berus, dsbnya adalah salah satu aktiviti yang bukan sahaja membantu anda lebih sihat, membakar lemak dan cergas malahan rumah lebih bersih.
- Beli makanan dengan size yang paling sedikit ~ Apabila memesan makanan seperti McDonalds / Pizza / Popcorn sebagai contoh, pilih size yang paling kecil sekali.
- Kongsi makanan anda dengan orang lain ~ Berkongsilah makanan seperti bahagikan Burger King anda dengan teman, secara tidak langsung mengajar anda memakan dengan kadar yang sedikit dari kebiasaan.
- Berjalan-jalan SEBELUM makan malam ~ Amalan ini bukan sahaja dapat membantu anda membakar lebih banyak kalori, malahan ia membantu mengawal selera makan. Kajian yang dibuat di Universiti Glasgow, Scotland terhadap 10 wanita obese yang berjalan selama 20 minit berjaya mengurangkan selera makan.
- Ganti makanan manis anda dengan kekacang seperti segenggam kacang almond ~ Mengubah tabiat makanan manis kepada kekacang membantu mengurangkan berat badan
- Tunggu makanan sejuk terlebih dahulu ~ Makanan yang panas lebih menyelerakan daripada makanan yang telah sejuk, menyebabkan anda mudah ‘terlebih makan’.
- Banyak = Sarapan Pagi, Sederhana = Makan Tengahari, Sedikit = Makan Malam ~ Lebih banyak anda makan di waktu awal di siang hari, lebih kurang anda akan makan di waktu malam (juga sangat membantu untuk membakar lemak sepanjang hari) Sila rujuk fakta nombor 2.
- Gosok gigi berpudina sebelum & selepas makan ~ Ia sangat membantu mengurangkan selera makan secara semulajadi. Bau-bauan pudina juga menyekat rasa lapar. Selain dari bauan pudina, bauan seperti buah pisang dan apple juga membantu mengurangkan rasa lapar.
- Berhati-hati dalam pemilihan makanan di waktu cuti / hujung minggu ~ Kajian mendapati ramai yang makan makanan berlebihan terutama di waktu cuti hujung minggu, dan di waktu cuti jadi berhati-hati di dalam pemilihan jenis makanan di waktu ini.
- Asingkan sayur-sayuran, lauk-pauk di dalam pinggan/mangkuk berasingan ~ Mulakan makanan anda dengan sayur-sayuran / soup terlebih dahulu, kemudian lauk-pauk, dan akhir sekali kesemua makanan bersama nasi. Teknik ini sangat berkesan!
- Kudap makanan sihat ~ Amalkan 2 kali kudapan ringan tetapi gantikan biskut, kentang goreng, kek dan kuih muih dengan beberapa potong sayur karot / kekacang / kismis / buah-buahan kering / buah-buahan tinggi kandungan air seperti tembikai, dll
- Amalkan serat (fibers) di dalam diet seharian ~ Serat/Fiber sangat membantu mengnyah toksin dari tubuh, sekaligus membuatkan anda rasa kenyang, melancarkan sistem perkumuhan dan mengimbangi semula pH tubuh anda. Di zaman ini selain dari tindakbalas kemikal tubuh, racun/hormon/toksin mudah terkumpul melalui pemakanan yang di makan kerana terlalu banyak perubahan genetik pada makanan zaman kini, keperluan Serat/Fiber adalah lebih tinggi berbanding dengan di 100 tahun lalu.
- Bercantik-cantiklah & elakkan menonton televisyen sewaktu makan ~ Salah satu teknik pengawalan minda supaya anda sentiasa peka dengan tubuh anda ialah dengan berpakaian kemas dan cantik. Apabila anda rasa confident, ia merangsang minda supaya berhati-hati dengan penampilan dan susuk tubuh anda, sekaligus anda lebih berhati-hati dengan tabiat pemakanan. Elakkan dair menonton televisyen semasa makan kerana ia boleh menyebabkan anda terlalai dengan hidangan anda, selalunya menyebabkan anda terlebih makan dari sepatutnya.
- Bersihkan almari pakaian anda dari baju bersize besar ~ Apabila anda telah mencapai berat dan bentuk idaman, tukarkan semua baju-baju anda kepada baju size baru sebagai imbuhan penat lelah melangsingkan badan dan juga supaya tiada ruang untuk anda untuk ‘gemuk’ lagi. Jadikan baju baru itu sebagai pembakar semangat yang anda tidak akan tukar kepada size baju yang lebih besar.
- Tidurlah 8 jam sehari ~ Salah satu penyebab pada masalah gemuk dan sukar untuk menurukan berat badan ialah kerana kurang tidur. Di waktu tidurlah organ hati dan yang lain-lainnya akan memproses segala makanan yang dimakan dengan lebih effective. Selalunya ia akan bertindak dengan aktif pada jam antara 12am – 4am, dan apabila tidur anda tidak cukup, itu juga bermakna proses pembersihan, dan penguraian lemak tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
- Makanlah diet seimbang ~ Amalan makan seimbang adalah yang terbaik untuk tubuh: sedikit karbohidrat, sedikit protein, sedikit vitamins dan minerals di dalam sajian adalah yang terbaik. Apabila anda tidak makan salah satu dari makanan asas ini ianya mungkin bagus untuk seketika, tetapi yang menjadi bahaya ialah apabila tubuh menghantar ‘signal’ : sakit / kekurangan tenaga, masalah yang lebih besar bermula kerana di waktu itu, apa jua lemak yang ada pada tubuh akan disimpan, dan apa jua kalori dari makanan yang anda makan juga akan disimpan bagi mengelakkan tubuh anda kekurangan tenaga/sakit. Pernahkah anda dengar ayat seperti 'saya dah cuba tak makan nasi, tetapi saya tetap gemuk!'? Fikir-fikirkanlah......
- Yakin boleh & Catit makan minum anda setiap hari (diary pemakanan) ~ Apa jua usaha anda mestilah ada keyakinan bahawa anda boleh melakukannya. Minda positive memainkan peranan besar, lebih besar dari diet/supplement anda kerana apabila minda positive, segalanya menjadi lebih mudah bagi anda. Diary pemakanan adalah sangat penting untuk anda mengkaji tindak balas tubuh selepas memakan sesuatu jenis makanan atau minuman kerana tindakbalas tubuh setiap manusia tidak sama. Dari diary tersebut akan memudahkan anda mengenal pasti kesilapan anda dalam diet seharian dan juga mengenali reaksi tubuh sendiri terhadap sesetengah makanan. Cara ini walaupun agak leceh, tetapi sangat-sangat efektif!
No comments:
Post a Comment