Monday 22 October 2012

Guna Logik Untuk Langsing



Semua orang ingin langsing kerana banyak faktor yang mempengaruhi keinginan ini.  Namun begitu, seringkali ramai juga yang mudah terpengaruh dengan 'result sementara' apabila dapat menurunkan berat badan dengan cepat.

Pelbagai teknik diet semakin berleluasa di mana-mana yang akhirnya 5-10 tahun akan datang menjerat diri sendiri.  Antara teknik diet paling popular ialah diet yang memberi penekanan terhadap kumpulan makanan protein + sayur-sayuran tetapi mengenepikan keperluan tubuh mendapatkan sumber karbohidrat YANG CUKUP untuk tubuh setiap hari.

Diet ini secara tidak langsung pastinya akan menurunkan berat badan dengan sangat cepat, tetapi persoalannya:

  • Adakah ia benar-benar sesuai dengan gayahidup anda?
  • Adakah ia benar-benar diet yang betul dan sihat untuk kesihatan anda 5 - 10 tahun dari sekarang
  • Adakah ia benar-benar mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh?
  • Adakah anda akan meneruskannya seumur hidup?
  • Apakah yang akan berlaku apabila anda berhenti mengamalkan diet sebegini / pergantungan terhadap supplement/makan gantian?
  • Adakah tubuh anda 'bersetuju' dengan diet trick ini selama-lamanya?

Ini adalah antara persoalan yang sering terlepas pandang kerana keghairahan mendapatkan result yang cepat semata.

Mengikut logik, apabila anda 'berpantang' karbohidrat dan menggantikannya dengan yang lain pastinya akan mengurangkan berat badan anda dengan sangat cepat, tetapi secara realitinya anda telahpun 'menipu' keperluan tubuh yang sebenarnya.  Ini adalah sangat bahaya di masa akan datang kerana ketidakseimbangan diet mengakibatkan pelbagai masalah lain:

  • Kadar pengumpulan toksin yang sangat tinggi akibat kecenderungan terhadap 1-2 jenis gizi pemakanan sahaja
  • Kerosakan sistem hati, buah pinggang dan ginjal
  • Permasalahan pada sistem organ terbesar iaitu kulit mengakibatkan berlakunya rembesan toksin dan kegatalan / allergy
  • Gangguan metabolism
  • Gangguan ketidakseimbangan hormon
  • Gangguan mental/kemurungan/migrain
  • Gangguan fizikal tubuh / keletihan /kelesuan
  • Keguguran rambut yang serious, masalah mata
  • Kegagalan tubuh untuk berfungsi dengan normal kerana signal minda dan keperluan tubuh tidak selari, dll
Oleh kerana itu, kami suka untuk menyarankan bagi mereka yang benar-benar ingin menurunkan berat badan dengan SELAMAT dengan bantuan supplement/makanan tambahan supaya kesan penurunan berat badan biarlah teratur dan perubahan yang sedikit tetapi konsisten.  Penurunan berat badan yang terlalu mendadak akan membuatkan ketidakseimbangan hormon Leptin & Ghrelin yang akhirnya akan menyebabkan penurunan berat badan hanyalah separuh jalan dan akhirnya berlakulah peningkatan berat badan yang mendadak semula (kerosakan di bahagian sistem metabolisme tubuh)

Makanlah gizi pemakanan yang seimbang bersama supplement pelangsingan dan pastikan tubuh mendapat tambahan air yang mencukupi bagi membantu melancarkan sistem tubuh.

No comments:

Post a Comment