Kami ingin berkongsi bersama anda teknik mudah yang boleh anda lakukan setiap hari untuk mengempiskan perut dan melangsingkan badan
Menari!
Apa jua jenis tarian sebenarnya adalah bagus untuk membakar lemak dan kalori (1 jam menari tanpa henti membakar hampir 400 kalori).Menari juga adalah salah satu teknik yang bagus untuk melangsingkan bahagian pinggang
Gantikan Kerusi Dengan Bola Fitness
Gantikan kerusi anda dengan bola fitness semasa menonton TV sambil membantu mengencangkan bahagian perut.Teknik ini sangat bagus untuk menggalakkan penggunaan otot perut untuk keseimbangan tubuh sekaligus membantu melangsingkan bahagian perut.
Sit-Ups
Senaman 'Sit-Ups' membantu mengempiskan perut. Amalan ini tidak akan dapat dilihat dalam masa yang singkat, tetapi perlu diamalkan secara konsisten.
Sentiasa pastikan meletakkan tangan di bahagian telinga berbanding dibelakang tenkuk bagi mengelakkan sakit /lenguh di leher dan belakang tubuh.
Reverse Curl
'Reverse-Curl' berkesan hampir menyamai teknik 'Sit-Ups' dan mudah dilakukan. Mulakan dengan baring dilanta, letakkan tangan di sisi tubuh.Angkat pinggul dari lantai menggunakan otot perut dan kekalkan kedudukan bahu dan lengan pada lantai. Kekalkan posisi ini (seperti dalam gambar) untuk seketika dan letakkan tubuh ke lantai semula. Ulang 15-20 kali setiap hari.
Yoga
Yoga adalah amalan mudah yang boleh dilakukan oleh semua peringkat termasuk kanak-kanak. Sangat bagus untuk mengencangkan otot dan juga mengempiskan perut kerana menggunakan teknik pernafasan yang betul. Ia juga menekankan postur tubuh yang betul sekaligus memberi impak positive pada perut anda.Jagalah Posture Tubuh Anda
Untuk mempunyai perut yang kempis dan tubuh cantik, sangat penting kita mengambil kira kedudukan posture tubuh yang betul - cara berdiri, duduk, mengangkat sesuatu, dll mempengaruhi bentuk tubuh. Gunakan otot perut semasa duduk dan berdiri.Crunch & Twist
Sekiranya anda dapati melakukan 'sit ups' sudah menjadi semakin mudah dan selesa bagi anda - jangan berhenti dengan hanya 1 teknik sahaja!
Kekalkan tangan dibahagian telinga dan cuba sentuh siku anda ke lutut (siku kanan menyentuh lutut kiri - seperti dalam gambar)
Lakukan berulang-ulang kali kiri dan kanan - 15-20 kali sehari.
Sentuh Ibu Jari Kaki Anda!
Sekiranya anda bosan dengan rutin 'sit-ups', cuba teknik senaman ini.Baring lurus di lantai, angkat tangan menghala ke ceiling, sambil itu juga angkat kaki anda supaya tangan dapat menyentuh ibu jari kaki (pastikan kedua tangan dan kaki dlm keadaan lurus) - biarkan dalam posisi ini untuk beberapa ketika dan jatuhkan tangan dan kaki ke kedudukan asal, ulang semula - lakukan 15-20 kali sehari.
Juga lakukan teknik seperti di dalam gambar di sebelah - 15-20 kali sehari.
Tahan Otot Perut Anda!
Ini adalah teknik senaman yang paling mudah, yang boleh dilakukan pada bila-bila masa samada anda sedang berjalan, berdiri, duduk atau dalam posisi baring. (paling bagus ialah sewaktu anda berjalan, tahan otot perut semaksimum yang anda mampu)Tahan otot perut anda (seolah cuba mengempiskan perut TANPA MENAHAN NAFAS - bernafaslah seperti biasa) - teknik ini adalah cara paling mudah untuk mengempiskan bahagian perut.
Kembung?
Masih tetap buncit? Kemungkinan ada kaitan dengan kembung / angin - jangan panik, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.Amalkan Aurabella Super Fiber / minuman yang membantu buang angin / kunyah makanan perlahan-lahan / amalan makan prebiotik seperti yoghurt atau minuman prebiotik seperti Yacult sangat membantu meningkatkan bakteria yang baik di dalam usus, sekaligus mengurangkan kembung perut.
No comments:
Post a Comment