Saturday, 21 May 2011

Reaksi Semasa Pembersihan Tubuh Berlaku

Gangguan Emosi - Semasa detox / pembersihan berlaku, tubuh akan mudah kenyang kerana kandungan fiber dan juga berlaku beberapa perubahan pada system tubuh menyebabkan seseorang merasa seperti ad agangguan emosi dan fizikal.  Ini hanyalah bersifat sementara.

SAKIT KEPALA
Toksin di dalam tubuh menyebabkan otot menjadi tegang terutamanya di bahagian tengkuk dan bahu.  Apabila detox berlaku, bahagian tersebut akan mengalami beberapa perubahan dan reaksi sakit kepala berlaku kerana perubahan tersebut. Ia adalah tanda pembuangan toksin sedang dilakukan pada tubuh kerana semasa process pembersihan, sel dan tisu-tisu tubuh mulai merungkai dan membuang toksin yang ada.

Penyerapan oksigen ke otak juga lebih efektif menyebabkan pada peringkat permulaan seseorang itu akan dapat merasai tindakbalas sakit kepala sebagai tanda perungkaian tekanan/sekatan yang ada di saluran sistem saraf dan otot.

Antara punca sakit kepala semasa process detox juga ada berkaitan dengan tabiat pengambilan caffeine – amalam minum kopi/Nescafe/sesetengah tea yang berkandungan tinggi caffeine menyebabkan caffeine tersimpan di dalam sel-sel dan apabila pembersihan berlaku, ia dibuang keluar dan masuk ke dalam sistem usus dan colon.

Kami galakkan anda berhenti mengambil minuman bercaffeine untuk beberapa hari (dan anda akan mendapati symptom sakit  kepala akan berkurangan dengan ketara.  Juga tambahkan minum air kosong lebih untuk mempercepatkan proses pembuangan toksin dari badan.

RASA SEJUK/SIMPTOM SEAKAN DEMAM
Ini adalah tanda-tanda tubuh sedang melakukan proses pembersihan toksin dan sedang meng’alkali’kan tubuh kerana apabila terlalu banyak toksin di dalam tubuh, sifat pH nya adalah berasid.  Tubuh yang sihat ialah tubuh yang bersifat alkali. 

Sesetengah antara kita akan mengalami ‘flu-like symptom’ seperti selsema yang mengeluarkan lendiran hijau (selalunya reaksi pada mereka yang mempunyai resdung)/bersin/hidung tersumbat dan ini adalah tanda-tanda positif bahawa pembersihan dibahagian tersebut sedang berlaku.





TEGANG URAT/OTOT
Ini adalah kerana pembersihan di dalam sistem urat saraf dan otot terutamanya di bahagian kaki kerana proses 'elimination' sedang berlaku.  Digalakkan melakukan urutan lembut atau pergerakan ringan dan mandi air panas (jgn terlalu kerap) untuk menggalakkan toksin keluar melalui sistem perpeluhan




 
LOYA TEKAK & MUAL
Apabila pembersihan berlaku dengan cepat terutama di sistem limfa, seseorang akan mendapat reaksi rasa ini – ianya bersifat sementara dan dapat dipercepatkan processnya dengan mengamalkan minum air putih yang mencukupi bagi membantu mempercepatkan process pembuangan toksin.






SAKIT BELAKANG
Reaksi ini berlaku disebabkan kerana pengumpulan toksin di bahagian bawah intestine.  Sakit belakang akan berkurangan selepas toksin dikeluarkan dari tubuh.





 



NAFAS BERBAU
Toksin dibuang melalui paru-paru.






 



CIRIT BIRIT
Ini selalunya berlaku pada peringkat permulaan process detox terutama kepada yang tidak pernah melakukan pembersihan tubuh / mengandungi kandungan toksin yang tinggi di dalam badan.  Hanya bersifat sementara sekitar 1-3 hari.



 

 
RASA NAK PITAM
Semasa process pembersihan tubuh berlaku, tubuh akan cuba untuk menyimpan tenaga – hanya bersifat sementara, selepas toksin dikeluarkan dari tubuh, anda akan merasa lebih segar dan sihat.

No comments:

Post a Comment