Tuesday 15 November 2011

Tips Diet

Take your pick for a healthier, slimmer, beautiful you!!!!

  • Amalkan makan pada waktu yang sama, 3-6 kali sehari dalam hidangan kecil
  •  Pastikan anda bersarapan pagi (dan bersahur sekiranya berpuasa) setiap hari
  •  Jangan abaikan makan malam anda, cuba makan sebelum jam 6pm sekiranya anda tidur awal, dan sebelum jam 8pm sekiranya anda selalu tidur lewat
  •  Kurangkan ‘junk food’ atau elakkan terus.  Pengawalan 'junk-food' adalah penting untuk memastikan anda tidak menambah 'penyakit' pada tubuh anda.
  •  Elak makanan segera / fast-food / kordial manis / air bergas dan bergula tinggi
  •  Pastikan kumpulan makanan yang seimbang : sedikit karbohidrat, sederhana protein, banyakkan sayur-sayuran dan 2 hidangan kecil buah-buahan di dalam diet anda.
  •  Kurangkan makanan yang manis bergula, cake dan kuih-muih
  •  Lebihkan sayur-sayuran pelbagai warna di dalam diet seharian. 
  •  Mulakan makan dengan sayur-sayuran, diikuti dengan gabungan protein dan karbohidrat
  •  Makan buah-buahan di waktu perut kosong, sebelum sajian besar dan bukannya selepas makan
  •  Ganti ‘jajan’ anda dengan buah-buahan / quacker oat / sayur-sayuran yang lebih berkhasiat dan mengenyangkan.
  •  Kurangkan pengambilan daging merah, 1 – 2 hidangan kecil seminggu dan perlahan-lahan kurangkan   ke 1-2 hidangan dalam sebulan. Lebihkan sumber protein yang lain.
  •  Kurangkan makan ayam ‘instant’ – iaitu ayam yang dicucuk hormone untuk tempoh matang yang cepat 
  • Rebus daging merah / ayam terlebih dahulu (separuh masak sudah memadai), toskan dan barulah dimasak semula.  Sekiranya anda menggoreng daging / ayam / ikan di dalam minyak yang banyak – saringkannya di atas kertas tissue yang tebal untuk menyerap minyak, dan elak meratah kulit (makan isinya sahaja)
  • Telur adalah sumber protein yang berkhasiat dan mengandungi Omega-3 yang sangat bagus untuk tubuh. Telur rebus adalah terbaik, tetapi anda boleh sahaja pelbagaikan hidangan telur mengikut kesukaan anda.
  •  Jangan takut untuk makan nasi setiap hari!  Nasi bukanlah penyebab gemuk, tetapi makan makanan karbohidrat yang terlalu tinggi juga mempengaruhi kadar gula dalam darah dan membuatkan anda mudah rasa lapar sentiasa.  Maka seimbangkannya, bukan langsung tidak menyentuhnya. 
  •   Kepercayaan bahawa makan roti adalah lebih baik dari nasi adalah tidak tepat. Tahukah anda 1 ½ mangkuk nasi bersamaan dengan 2 keping roti manis? Bayangkan anda tidak makan nasi, tetapi mengambil 6 keping roti manis setiap hari = 4 ½ mangkuk nasi.  Sekiranya anda mengurangkan separuh sahaja dari nasi anda setiap hari, adalah lebih baik daripada menggantikannya dengan 6 keping roti!
  •   Gantikan nasi putih anda dengan beras perang (brown rice).  Anda boleh juga mengukus nasi atau buat sebagai bubur kerana cara ini mengurangkan berlakunya ‘terlebih karbohidrat di dalam diet’
  •  Karbohidrat boleh didapati dari sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi kenalpasti sayuran dan buah-buahan yang mengandungi tinggi karbohidrat dan adalah OK sekiranya anda tidak makan nasi di waktu itu (kerana sayur dan buah2an tersebut menggantikan karbohidrat daripada nasi/gandum)
  •  Kurangkan penggunaan garam dan bahan perasa di dalam makanan
  •  Pastikan minum air putih yang mencukupi untuk tubuh setiap hari.  Sangat penting untuk anda mengukur berapa liters air yang diminum setiap hari bagi memastikan sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna, sistem pencernaan yang lancar.
  •  Sediakan makanan anda dari rumah, untuk bekalan ke tempat kerja.  Cara ini lebih sihat, selamat, bersih dan menjimatkan.  Penyediaan dari rumah lebih segar dan lebih mudah untuk mengawal penggunaan garam dan bahan penyedap rasa di dalam makanan.
  •  Amalkan minum air putih 20-30 minutes sebelum makan, dan 20-30 minutes selepas makan
  •  Jangan makan / minum jamuan yang terlalu panas.  Biarkan ia suam-suam kuku sebelum makan/minum untuk kesihatan aesophagus dan tubuh anda
  •  Berhenti makan sebelum kenyang, jangan biarkan tubuh dahaga.  Sekiranya anda rasa dahaga, itu bermakna tubuh ‘dehydrated’
  •  Ubah programme diet anda dari masa ke semasa tetapi pastikan ia tetap seimbang (sedikit karbohidrat, protein, sayur-sayuran), juga sedikit buah-buahan
  •   Pastikan sistem perkumuhan anda lancar, kerana ia sangat mempengaruhi kesihatan dan keseimbangan berat badan anda.  Apabila sistem perkumuhan anda terganggu, pengumpulan toksin semakin meningkat dan menyebabkan tubuh dalam pH asidik (antara penyebab cancer dan penyakit-penyakit modern)
  •   Kunyah makanan dengan perlahan, nikmati makanan yang dihidangkan, jangan gelojoh sewaktu makan.
  •   Amalkan makanan tinggi serat kerana ia sangat bagus untuk menyeimbangkan  tahap bacaan gula dalam darah, membuatkan anda mudah kenyang, memberi tenaga tambahan.  Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan dan juga bijirin. Manusia memerlukan lebih kurang 30grams serat di dalam diet seharian untuk  mengekalkan kesihatan, pH tubuh yang seimbang dan nyahtoksin.


No comments:

Post a Comment