Showing posts with label Articles. Show all posts
Showing posts with label Articles. Show all posts

Monday, 22 October 2012

Guna Logik Untuk Langsing



Semua orang ingin langsing kerana banyak faktor yang mempengaruhi keinginan ini.  Namun begitu, seringkali ramai juga yang mudah terpengaruh dengan 'result sementara' apabila dapat menurunkan berat badan dengan cepat.

Pelbagai teknik diet semakin berleluasa di mana-mana yang akhirnya 5-10 tahun akan datang menjerat diri sendiri.  Antara teknik diet paling popular ialah diet yang memberi penekanan terhadap kumpulan makanan protein + sayur-sayuran tetapi mengenepikan keperluan tubuh mendapatkan sumber karbohidrat YANG CUKUP untuk tubuh setiap hari.

Diet ini secara tidak langsung pastinya akan menurunkan berat badan dengan sangat cepat, tetapi persoalannya:

  • Adakah ia benar-benar sesuai dengan gayahidup anda?
  • Adakah ia benar-benar diet yang betul dan sihat untuk kesihatan anda 5 - 10 tahun dari sekarang
  • Adakah ia benar-benar mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh?
  • Adakah anda akan meneruskannya seumur hidup?
  • Apakah yang akan berlaku apabila anda berhenti mengamalkan diet sebegini / pergantungan terhadap supplement/makan gantian?
  • Adakah tubuh anda 'bersetuju' dengan diet trick ini selama-lamanya?

Ini adalah antara persoalan yang sering terlepas pandang kerana keghairahan mendapatkan result yang cepat semata.

Mengikut logik, apabila anda 'berpantang' karbohidrat dan menggantikannya dengan yang lain pastinya akan mengurangkan berat badan anda dengan sangat cepat, tetapi secara realitinya anda telahpun 'menipu' keperluan tubuh yang sebenarnya.  Ini adalah sangat bahaya di masa akan datang kerana ketidakseimbangan diet mengakibatkan pelbagai masalah lain:

  • Kadar pengumpulan toksin yang sangat tinggi akibat kecenderungan terhadap 1-2 jenis gizi pemakanan sahaja
  • Kerosakan sistem hati, buah pinggang dan ginjal
  • Permasalahan pada sistem organ terbesar iaitu kulit mengakibatkan berlakunya rembesan toksin dan kegatalan / allergy
  • Gangguan metabolism
  • Gangguan ketidakseimbangan hormon
  • Gangguan mental/kemurungan/migrain
  • Gangguan fizikal tubuh / keletihan /kelesuan
  • Keguguran rambut yang serious, masalah mata
  • Kegagalan tubuh untuk berfungsi dengan normal kerana signal minda dan keperluan tubuh tidak selari, dll
Oleh kerana itu, kami suka untuk menyarankan bagi mereka yang benar-benar ingin menurunkan berat badan dengan SELAMAT dengan bantuan supplement/makanan tambahan supaya kesan penurunan berat badan biarlah teratur dan perubahan yang sedikit tetapi konsisten.  Penurunan berat badan yang terlalu mendadak akan membuatkan ketidakseimbangan hormon Leptin & Ghrelin yang akhirnya akan menyebabkan penurunan berat badan hanyalah separuh jalan dan akhirnya berlakulah peningkatan berat badan yang mendadak semula (kerosakan di bahagian sistem metabolisme tubuh)

Makanlah gizi pemakanan yang seimbang bersama supplement pelangsingan dan pastikan tubuh mendapat tambahan air yang mencukupi bagi membantu melancarkan sistem tubuh.

Wednesday, 20 June 2012

JOM KITA KENALPASTI JENIS GEMUK

Ramai antara kira yang sudah mencuba menurunkan berat badan dengan mengamalkan pelbagai produk, teknik berdiet dan senaman tetapi kesan yang dapat sangat berbeza-beza.

Adakah produk/teknik diet dan senaman yang anda lakukan tidak berkesan?

Okay, jom kita kaji jenis lemak yang ada pada tubuh kerana ia sangat mempengaruhi cepat/lambatnya tindakbalas tubuh apabila anda sedang menjalankan program pelangsingan.

Ada cara untuk mengenalpastinya:



GEMUK AIR (Paling Cepat Kurus Bila Menjalani Program Pelangsingan




  • Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri 
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.



GEMUK ANGIN (Tempoh waktu sederhana apabila menjalani program pelangsingan)





  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut




GEMUK DAGING (Paling lambat kesan apabila menjalani program pelangsingan, perlu amalkan secara konsisten)



  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang
Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.

SO, SEKARANG CUBA ANDA PICIT LENGAN/PEHA  UNTUK KENAL PASTI JENIS LEMAK PADA TUBUH DAN LEBIH MEMUDAHKAN ANDA MENGURANGKANNYA.  TIPS INI JUGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBERI JAWAPAN KENAPA ANDA MUNGKIN MENDAPAT RESULT SANGAT CEPAT/AGAK LAMBAT SEMASA MENJALANI PROGRAM PELANGSINGAN.

AURABELLA FIBER DAN FORTE' BERUPAYA MEMBANTU MENGATASI KETIGA-TIGA JENIS GEMUK INI.  ANDA HANYA PERLU TERUS MENGAMALKANNYA SECARA KONSISTEN PALING KURANG 3 BULAN UNTUK MELIHAT KESAN SEBENAR DARI HASIL PROGRAM PELANGSINGAN ANDA.



Sunday, 27 May 2012

Cool Exercise Finder

Girls, this is really cool!  

Click pada mana-mana bahagian tubuh dan ia akan berikan pelan khas bersenam untuk bahagian tersebut.

Best kan?


Thursday, 24 May 2012

5 Kepercayaan Kurang Tepat Untuk Kurus & Sihat

Kami list kan beberapa kepercayaan kurang tepat berkaitan berat badan untuk anda renungkan.

Dalam usaha untuk menurunkan berat badan, pelbagai cara dan teknik dikongsi oleh pelbagai pihak, namun ada sebahagiannya harus kita kaji dan ambil kira bukan sekadar untuk langsing, tetapi juga untuk mengekalkannya agar tidak berlaku kesan 'yo-yo' dan juga paling utama ialah kesihatan organ dalaman dan fungsi tubuh kita.

Cintailah tubuh anda bukan sekadar untuk cantik dan kekal kurus tetapi juga demi kesihatannya.


Kepercayaan  Kurang Tepat  #1:  KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI MAKANAN ANDA



Fakta Sebenar:  Ramai  percaya / di ajar berkaitan dengan 'kurangkan kalori' atau 'skipping meals' membantu penurunan berat badan yang cepat.  Kebenarannya jauh meleset!.  Diet seperti ini akan menyebabkan tubuh sangat lapar kerana tidak mendapat tenaga yang diperlukan dan organ tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak mendapat zat-zat sokongan yang diperlukan setiap hari.  Sekaligus ia juga membuatkan anda 'terlebih' makan apabila menyekat kalori anda keterlaluan.

Apabila ini berlaku, tubuh akan berada dalam mode 'starvation' / terlalu lapar menyebabkan secara langsung ia memperlahankan keupayaannya untuk membakar kalori itu sendiri.  Walaupun pada peringkat permulaan anda akan dapati lebih kurus TETAPI anda terlepas pandang kehilangan otot dan air dalam tubuh di mana pada jangkamasa panjang akan menyebabkan tubuh tidak dapat mengekalkan keupayaan membakar lemak dengan pantas dan juga tubuh badan yang tidak kemas, menggelember dan mudah gemuk semula dengan cepat.

Penyelesaian:  Makan 'smaller meals' lebih kerap, makanlah snek-snek sihat diantaranya supaya dapat mengekalkan paras gula dalam darah supaya stabil.  Sekiranya and ingin mengurangkan berat tetapi tetap ingin mengawal pengambilan kalori, mulakan dengan hidangan kecil dan makan setiap 3 jam.  Cara sebegini lebih selamat dan efektif untuk pengekalan penurunan berat badan di samping menjaga kestabilan sistem metabolism berbanding diet kalori secara drastik.


Kepercayaan Kurang Tepat #2:  JANGAN MAKAN MAKANAN BERLEMAK



Fakta Sebenar:  Tubuh memerlukan lemak - ia membantu tubuh menyerap nutrisi tertentu.  Lemak sangat penting untuk sel membran dan membantu fungsi saraf tubuh sekaligus untuk kecantikan kulit.  Walau bagaimanapun, apabila mengambil lemak berlebihan, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan, masalah jantung dan juga kanser.  Oleh sebab itu sangat penting untuk menggantikan lemak jahat (saturated) dengan lemak baik (monounsaturated dan polyunsaturated) seperti minyak zaitun, flaxseed, ikan salmon, ikan sardin, buah avocado dan kekacang.  Tubuh memerlukan 25 - 30 peratus lemak baik setiap hari.



Kepercayaan Kurang Tepat #3:  TELUR MENINGKATKAN KADAR KOLESTEROL



Fakta Sebenar:  Kuning telur sahaja yang mengandungi kolesterol tetapi dengan jumlah yang sedikit, berbanding dengan jenis makanan lain.  Telur juga adalah sumber protein yang tinggi tetapi lebih lembut pada tubuh berbanding sumber protein daging merah.  Ia mengenyangkan dan meningkatkan tenaga.  Ramai tidak menyedari masalah peningkatan kolesterol sebenarnya adalah dari pengambilan makanan tinggi lemak saturated dan telur mengandungi kandugnan lemak saturated yang sangat sedikit.

Tip:  Makanlah telur di waktu sarapan atau antara makan atau waktu malam tetapi limit kan kepada 1-2 biji sehari, 3 x seminggu sudah memadai. 



Kepercayaan Kurang Tepat #4: ELAKKAN KARBOHIDRAT 100% JIKA NAK KURUS


Fakta Sebenar:  Adalah sangat penting untuk mengawal pengambilan karbohidrat dari makanan tinggi gula dan tepung putih, akan tetapi ramai yang berdiet mengamalkan diet yang keterlaluan sehinggakan mengelak terus untuk makan makanan berkarbohidrat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Sebenarnya 50% daripada pemakanan manusia setiap hari perlulah dari sumber berkarbohidrat, terutamanya dari sumber sayur-sayuran.  Dengan menyekat secara drastik pengambilan makanan jenis karbohidrat akan menyebabkan kehilangan otot dan cecair tubuh sekaligus menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem metabolisme dan fungsi tubuh yang lain. Akibatnya tubuh akan lemah, signal 'starvation' berlaku dan menyebabkan apa jua makanan yang anda makan akan diserap ke kilang lemak bagi mengelakkan 'jatuh sakit lebih teruk lagi' - inilah translation tubuh yang akan berlaku apabila anda tidak mendapat sumber karbohidrat yang sepatutnya setiap hari!  Jadi jangan berasa pelik mengapa anda kurus bila mengelak karbohidrat tetapi berat bertambah berkali-kali ganda apabila berhenti diet sebegini, atau kerap kali juga tiada penurunan berat badan berlaku langsung.

Makanlah dengan seimbang!

Kepercayaan Kurang Tepat #5: DIET TINGGI  PROTEIN YANG TERBAIK UNTUK KURUS 



Fakta Sebenar:  Tubuh menggunakan protein untuk membakar HANYA dalam kes-kes ekstrim / tertentu.    Secara asasnya, protein yang berlebihan di dalam tubuh akan disimpan sebagai lemak tubuh!

Sebenarnya, tubuh memerlukan karbohidrat yang cukup untuk membina otot yang sekaligus membantu pembentukan tubuh yang lebih menarik dan kemas dan langsing.  Dengan mengambil protein lebih membantu membina otot hanya sekiranya anda bersenam di waktu yang sama bagi mengelakkan protein tersebut tersimpan sebagai lemak.

Protein yang berlebihan juga sangat berbahaya untuk kesihatan buah pinggang dan juga sistem hati dan limfa.  Oleh sebab itu diet tinggi protein tidak bagus untuk kesan jangkamasa panjang bukan sahaja dalam sistem penurunan berat badan tetapi juga kesihatan organ tubuh dalaman.  Ia boleh menyebabkan pengumpulan toksin yang tinggi dalam tubuh sekiranya diamalkan diet jenis ini berterusan.

Thursday, 17 May 2012

Tips mengurangkan rasa lapar berterusan


Pernah tak anda rasa lapar yang terlampau, atau makan tanpa henti walaupun anda baru sahaja selesai makan tengahari, atau makan malam?  Sesetengah bahan dalam makanan boleh menipu tubuh sehinggakan anda tidak mengenal signal kenyang, menyebabkan anda berterusan rasa lapar dan ini menambah masalah berat badan terutama di bahagian perut sekiranya anda tidak mampu untuk mengawalnya


Cuba beberapa tips simple untuk mengurangkan ‘cravings’ anda:

1.      Elakkan / Kurangkan minuman bergas dan manis

Soda, teh ais segera dan minuman manis yang lain adalah antara sumber fruktos yang sangat tinggi.  Kajian mendapati fruktos boleh ‘menipu’ minda agar kekal rasa lapar walaupun sebenarnya tubuh kenyang.  Ia membantutkan hormone Leptin (hormone kenyang) dari menghantar signal kenyang pada tubuh.

2.      Elakkan makanan dalam tin

Kebanyakan makanan dalam tin tinggi dengan chemical seperti bisphonel-A, atau BPA.  Ia boleh menyebabkan keseimbangan hormone Leptin (hormone rasa kenyang) terganggu ~ antara penyebab rasa lapar selalu dan obesity.

3.      Makanlah sarapan pagi yang cukup untuk tubuh.

Kajian mendapati individu yang makan sarapan yang sedikit lebih mudah gemuk berbanding individu yang makan sarapan yang lengkap dan cukup. Makanlah sarapan pagi yang cukup bagi mengelakkan rasa lapar yang berpanjangan disebabkan kerana ketidakseimbangan gula dalam darah dan insulin tubuh.  Simple rule untuk difahami: Anda akan lebih cepat gemuk sekiranya anda tidak bersarapan atau kurang bersarapan, anda akan lebih mudah mengawal berat badan sekiranya anda bersarapan setiap hari!

4.      Makanlah sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang cukup setiap hari

Sayur-sayuran dan ulam-ulaman hijau adalah kaya dengan sumber penting vitamin folate – B yang melindungi tubuh dan minda dari depresi, keletihan dan berat badan.  Ia juga mengandungi sumber vitamin K yang tinggi yang membantu menyeimbangkan kadar insulin dan melambatkan rasa lapar.  Sekiranya anda tidak gemar makan sayur-sayuran, anda boleh menambah keperluan vitamin-vitamin ini dari farmasi tetapi sila menurut arahan pemakan yang telah ditetapkan.



5.      Minumlah minuman jenis teh pada waktu petang (tea-time)

Menurut kajian, dengan mengamalkan teh (teh hitam, teh hijau, teh tanpa gula), kadar gula dalam darah dapat dikurangkan sebanyak hampir 10% selepas 2 ½ jam anda makan makanan tinggi karbohidrat.  Ini sangat membantu anda rasa kenyang lebih lama sebelum makan malam anda.  Cuma anda perlu pastikan minum teh tanpa gula.  Boleh sahaja makan kudapan ringan tetapi jika anda anda takut termakan makanan yang tinggi gula seperti kuih muih dan kek, memadai dengan hanya minum secawan teh kosong di waktu petang.

6.      Pastikan tubuh cukup air.

Rasa lapar juga boleh berlaku apabila tubuh kekurangan air (dehydration).  Pastikan tubuh dapat air yang mencukupi. Sekiranya anda baru sahaja makan dan masih lagi rasa ingin makan/mengudap, minumlah segelas air terlebih dahulu sebelum meneruskan keinginan makan.  Selalunya rasa lapar tersebut akan berkurangan sedikit demi sedikit

7.      Penuhi harian anda dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda

Kadangkala anda makan berlebihan kerana anda boring atau tiada aktiviti yang mampu merangsang minda untuk focus.  Penuhilah hari anda dengan aktiviti yang merangsang minda dan tubuh.

Saturday, 24 December 2011

JENIS BENTUK BADAN

Bentuk Badan Wanita

Bentuk tubuh badan anda di waktu ini sebenarnya bergantung pada faktor keturunan, tabiat pemakanan dan aktiviti harian.  Pengaruh keturunan memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk tubuh yang anda ada sekarang, tetapi, anda masih boleh mengubahnya mengikut bentuk tubuh yang anda inginkan melalui pengetahuan, makanan, senaman yang baik untuk pembentukan dan kesihatannya.

Ramai yang melakukan pembentukan semula melalui senaman kardio dan angkat berat tetapi perlu diingatkan, ianya bukanlah perkara yang mudah maka disarankan anda meminta bantuan professional dan pakar untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul.

JOM kita kenalpasti beberapa jenis bentuk badan!









 

Tuesday, 15 November 2011

Tips Diet

Take your pick for a healthier, slimmer, beautiful you!!!!

  • Amalkan makan pada waktu yang sama, 3-6 kali sehari dalam hidangan kecil
  •  Pastikan anda bersarapan pagi (dan bersahur sekiranya berpuasa) setiap hari
  •  Jangan abaikan makan malam anda, cuba makan sebelum jam 6pm sekiranya anda tidur awal, dan sebelum jam 8pm sekiranya anda selalu tidur lewat
  •  Kurangkan ‘junk food’ atau elakkan terus.  Pengawalan 'junk-food' adalah penting untuk memastikan anda tidak menambah 'penyakit' pada tubuh anda.
  •  Elak makanan segera / fast-food / kordial manis / air bergas dan bergula tinggi
  •  Pastikan kumpulan makanan yang seimbang : sedikit karbohidrat, sederhana protein, banyakkan sayur-sayuran dan 2 hidangan kecil buah-buahan di dalam diet anda.
  •  Kurangkan makanan yang manis bergula, cake dan kuih-muih
  •  Lebihkan sayur-sayuran pelbagai warna di dalam diet seharian. 
  •  Mulakan makan dengan sayur-sayuran, diikuti dengan gabungan protein dan karbohidrat
  •  Makan buah-buahan di waktu perut kosong, sebelum sajian besar dan bukannya selepas makan
  •  Ganti ‘jajan’ anda dengan buah-buahan / quacker oat / sayur-sayuran yang lebih berkhasiat dan mengenyangkan.
  •  Kurangkan pengambilan daging merah, 1 – 2 hidangan kecil seminggu dan perlahan-lahan kurangkan   ke 1-2 hidangan dalam sebulan. Lebihkan sumber protein yang lain.
  •  Kurangkan makan ayam ‘instant’ – iaitu ayam yang dicucuk hormone untuk tempoh matang yang cepat 
  • Rebus daging merah / ayam terlebih dahulu (separuh masak sudah memadai), toskan dan barulah dimasak semula.  Sekiranya anda menggoreng daging / ayam / ikan di dalam minyak yang banyak – saringkannya di atas kertas tissue yang tebal untuk menyerap minyak, dan elak meratah kulit (makan isinya sahaja)
  • Telur adalah sumber protein yang berkhasiat dan mengandungi Omega-3 yang sangat bagus untuk tubuh. Telur rebus adalah terbaik, tetapi anda boleh sahaja pelbagaikan hidangan telur mengikut kesukaan anda.
  •  Jangan takut untuk makan nasi setiap hari!  Nasi bukanlah penyebab gemuk, tetapi makan makanan karbohidrat yang terlalu tinggi juga mempengaruhi kadar gula dalam darah dan membuatkan anda mudah rasa lapar sentiasa.  Maka seimbangkannya, bukan langsung tidak menyentuhnya. 
  •   Kepercayaan bahawa makan roti adalah lebih baik dari nasi adalah tidak tepat. Tahukah anda 1 ½ mangkuk nasi bersamaan dengan 2 keping roti manis? Bayangkan anda tidak makan nasi, tetapi mengambil 6 keping roti manis setiap hari = 4 ½ mangkuk nasi.  Sekiranya anda mengurangkan separuh sahaja dari nasi anda setiap hari, adalah lebih baik daripada menggantikannya dengan 6 keping roti!
  •   Gantikan nasi putih anda dengan beras perang (brown rice).  Anda boleh juga mengukus nasi atau buat sebagai bubur kerana cara ini mengurangkan berlakunya ‘terlebih karbohidrat di dalam diet’
  •  Karbohidrat boleh didapati dari sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi kenalpasti sayuran dan buah-buahan yang mengandungi tinggi karbohidrat dan adalah OK sekiranya anda tidak makan nasi di waktu itu (kerana sayur dan buah2an tersebut menggantikan karbohidrat daripada nasi/gandum)
  •  Kurangkan penggunaan garam dan bahan perasa di dalam makanan
  •  Pastikan minum air putih yang mencukupi untuk tubuh setiap hari.  Sangat penting untuk anda mengukur berapa liters air yang diminum setiap hari bagi memastikan sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna, sistem pencernaan yang lancar.
  •  Sediakan makanan anda dari rumah, untuk bekalan ke tempat kerja.  Cara ini lebih sihat, selamat, bersih dan menjimatkan.  Penyediaan dari rumah lebih segar dan lebih mudah untuk mengawal penggunaan garam dan bahan penyedap rasa di dalam makanan.
  •  Amalkan minum air putih 20-30 minutes sebelum makan, dan 20-30 minutes selepas makan
  •  Jangan makan / minum jamuan yang terlalu panas.  Biarkan ia suam-suam kuku sebelum makan/minum untuk kesihatan aesophagus dan tubuh anda
  •  Berhenti makan sebelum kenyang, jangan biarkan tubuh dahaga.  Sekiranya anda rasa dahaga, itu bermakna tubuh ‘dehydrated’
  •  Ubah programme diet anda dari masa ke semasa tetapi pastikan ia tetap seimbang (sedikit karbohidrat, protein, sayur-sayuran), juga sedikit buah-buahan
  •   Pastikan sistem perkumuhan anda lancar, kerana ia sangat mempengaruhi kesihatan dan keseimbangan berat badan anda.  Apabila sistem perkumuhan anda terganggu, pengumpulan toksin semakin meningkat dan menyebabkan tubuh dalam pH asidik (antara penyebab cancer dan penyakit-penyakit modern)
  •   Kunyah makanan dengan perlahan, nikmati makanan yang dihidangkan, jangan gelojoh sewaktu makan.
  •   Amalkan makanan tinggi serat kerana ia sangat bagus untuk menyeimbangkan  tahap bacaan gula dalam darah, membuatkan anda mudah kenyang, memberi tenaga tambahan.  Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan dan juga bijirin. Manusia memerlukan lebih kurang 30grams serat di dalam diet seharian untuk  mengekalkan kesihatan, pH tubuh yang seimbang dan nyahtoksin.


Friday, 11 November 2011

30 Tips Langsing





  1. Pastikan air kegemaran anda ialah ‘plain water’ / ‘sky-juice’ / ‘air kosong’ ~ Tukar air kegemaran anda dari yang manis kepada air kosong.  Selain dari mengandungi kalori yang tinggi, air manis/carbonated drinks membuatkan anda mudah rasa lapar.  Air kosong adalah air terbaik untuk tubuh, dan membantu untuk menurunkan berat badan kerana free kalori dan juga mengenyangkan.  Tak percaya? Cuba selama 21 hari mengamalkan minum air kosong dan lihat perbezaannya pada diri.


  1. Amalkan makan 5-6 kali sehari (hidangan kecil) berbanding makan 2-3 kali sehari (hidangan besar) ~ anda lebih mudah kenyang dan langsing dengan teknik sebegini kerana dapat mengelakkan makan berlebihan dan mengawal insulin tubuh.  Apabila anda makan dalam hidangan besar, tubuh mengeluarkan insulin yang tinggi, ia menyebabkan anda akan mudah untuk makan berlebihan sekaligus mengganggu sistem tubuh, metabolisme dan kadar gula dalam darah. Selain dari itu, makan hidangan kecil yang lebih kerap dapat mengurangkan bebanan organ hati, sistem perkumuhan dan pencernaan.

  1. Berjalan kaki selama 45 minits sehari ~ Kajian mendapati berjalan kaki selama 45 minutes sehari membantu mempercepatkan pengurangan lemak di tubuh.

  1. Banyakkan warna biru dikeliling anda ~ Percaya atau tidak, warna biru berfungsi untuk mengurangkan/mengawal selera makan!  Cuba anda perhatikan di kedai-kedai makan / restaurant sangat jarang menggunakan warna biru.  Jadi perbanyakkan warna biru seperti pinggan biru, sudu biru, mangkuk biru, alas meja biru atau baju biru semasa makan.  Elakkan warna merah, kuning dan orange sewaktu makan kerana ia menignkatkan selera makan anda.

  1. Kecilkan size pinggan anda ~  Kajian mendapati, lebih kecil hidangan di hadapan anda, selera makan lebih terkawal.  Jadi gunakan mangkuk/pinggan/piring kecil untuk hidangan makan anda.

  1. Banyakkan sayur-sayuran di dalam diet seharian ~ Sayur-sayuran mengandungi tinggi serat, vitamins dan minerals yang diperlukan oleh tubuh.  Lebihkan sayur-sayuran di dalam diet seharian dapat membantu anda mudah rasa kenyang sekaligus dapat mengawal selera makan berlebihan. 

  1. Minum Kopi-O ~ Sekiranya anda suka minuman berkafein seperti kopi, kurangkan kopi campuran krimer dan susu, digalakkan minum kopi-o asli.  Ini dapat mengurangkan penambahan kalori dalam diet, tetapi tetap memberi tenaga pada tubuh.

  1. Makanlah 90% dari rumah ~  Restaurant dan kedai makan selalunya menyediakan juadah dalam size besar dan kepelbagaian jenis makanan menyebabkan anda mudah rambang mata.  Penyediaan makanan yang mengandungi bahan penyedap rasa juga adalah lebih tinggi daripada makanan yang anda sediakan sendiri di rumah.

  1. Kurangkan makanan dan minuman manis ~ Minuman dan makanan manis selalunya akan membuatkan anda mudah rasa lapar dan menyebabkan keinginan untuk mengudap tanpa henti.

  1. Nikmati kelazatan makanan, kunyah dengan perlahan, jangan gelojoh ~ Letak sudu dan garfu anda setiap kali mengunyah makanan, kunyah dengan perlahan dapat membantu penghadaman lebih baik juga membuatkan anda cepat merasa kenyang.

  1. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang ~ Dengar dan fahami signal tubuh.  Seringkali rasa dahaga disalaherti oleh minda kepada lapar menyebabkan anda mengudap sentiasa.

  1. Makanlah buah-buahan sebenar berbanding jus buah ~ 1 kotak kecil jus apple lebih tinggi kalori daripada sebiji apple sebenar.  Buah-buahan yang dikunyah terus lebih tinggi serat dan menyebabkan rasa kenyang lebih lama berbanding daripada jus buah 'instant' (kecuali buah-buahan yang diperah terus tanpa gula dan diminum dengan serat-seratnya)

  1. Turun naik tangga 10 minit setiap hari ~ Ia membantu meningkatkan metabolism dan juga mengencangkan otot dengan cara paling mudah dan berkesan (anda tidak lagi perlukan modal yang besar untuk senaman efektif ini!)

  1. Lakukan kerja rumah sendiri setiap minggu ~ Lakukan ‘spring cleaning’, mop lantai, menyapu laman, membasuh sendiri kereta, mencuci bilik air, mengelap tingkap, menggosok lantai dengan berus, dsbnya adalah salah satu aktiviti yang bukan sahaja membantu anda lebih sihat, membakar lemak dan cergas malahan rumah lebih bersih.

  1. Beli makanan dengan size yang paling sedikit ~ Apabila memesan makanan seperti McDonalds / Pizza / Popcorn sebagai contoh, pilih size yang paling kecil sekali. 

  1. Kongsi makanan anda dengan orang lain ~ Berkongsilah makanan seperti bahagikan Burger King anda dengan teman, secara tidak langsung mengajar anda memakan dengan kadar yang sedikit dari kebiasaan. 

  1. Berjalan-jalan SEBELUM makan malam ~ Amalan ini bukan sahaja dapat membantu anda membakar lebih banyak kalori, malahan ia membantu mengawal selera makan.  Kajian yang dibuat di Universiti Glasgow, Scotland terhadap 10 wanita obese yang berjalan selama 20 minit berjaya mengurangkan selera makan.

  1. Ganti makanan manis anda dengan kekacang seperti segenggam kacang almond ~ Mengubah tabiat makanan manis kepada kekacang membantu mengurangkan berat badan

  1. Tunggu makanan sejuk terlebih dahulu ~ Makanan yang panas lebih menyelerakan daripada makanan yang telah sejuk, menyebabkan anda mudah ‘terlebih makan’. 

  1. Banyak = Sarapan Pagi, Sederhana = Makan Tengahari, Sedikit = Makan Malam ~  Lebih banyak anda makan di waktu awal di siang hari, lebih kurang anda akan makan di waktu malam (juga sangat membantu untuk membakar lemak sepanjang hari) Sila rujuk fakta nombor 2.

  1. Gosok gigi berpudina sebelum & selepas makan ~ Ia sangat membantu mengurangkan selera makan secara semulajadi.  Bau-bauan pudina juga menyekat rasa lapar.  Selain dari bauan pudina, bauan seperti buah pisang dan apple juga membantu mengurangkan rasa lapar.

  1. Berhati-hati dalam pemilihan makanan di waktu cuti / hujung minggu ~ Kajian mendapati ramai yang makan makanan berlebihan terutama di waktu cuti hujung minggu, dan di waktu cuti jadi berhati-hati di dalam pemilihan jenis makanan di waktu ini.

  1. Asingkan sayur-sayuran, lauk-pauk di dalam pinggan/mangkuk berasingan ~  Mulakan makanan anda dengan sayur-sayuran / soup terlebih dahulu, kemudian lauk-pauk, dan akhir sekali kesemua makanan bersama nasi.  Teknik ini sangat berkesan!

  1. Kudap makanan sihat ~ Amalkan 2 kali kudapan ringan tetapi gantikan biskut, kentang goreng, kek dan kuih muih dengan beberapa potong sayur karot / kekacang / kismis / buah-buahan kering / buah-buahan tinggi kandungan air seperti tembikai, dll

  1. Amalkan serat (fibers) di dalam diet seharian ~ Serat/Fiber sangat membantu mengnyah toksin dari tubuh, sekaligus membuatkan anda rasa kenyang, melancarkan sistem perkumuhan dan mengimbangi semula pH tubuh anda. Di zaman ini selain dari tindakbalas kemikal tubuh, racun/hormon/toksin mudah terkumpul melalui pemakanan yang di makan kerana terlalu banyak perubahan genetik pada makanan zaman kini, keperluan Serat/Fiber adalah lebih tinggi berbanding dengan di 100 tahun lalu.

  1. Bercantik-cantiklah  & elakkan menonton televisyen sewaktu makan ~ Salah satu teknik pengawalan minda supaya anda sentiasa peka dengan tubuh anda ialah dengan berpakaian kemas dan cantik. Apabila anda rasa confident, ia merangsang minda supaya berhati-hati dengan penampilan dan susuk tubuh anda, sekaligus anda lebih berhati-hati dengan tabiat pemakanan.  Elakkan dair menonton televisyen semasa makan kerana ia boleh menyebabkan anda terlalai dengan hidangan anda, selalunya menyebabkan anda terlebih makan dari sepatutnya.

  1. Bersihkan almari pakaian anda dari baju bersize besar ~ Apabila anda telah mencapai berat dan bentuk idaman, tukarkan semua baju-baju anda kepada baju size baru sebagai imbuhan penat lelah melangsingkan badan dan juga supaya tiada ruang untuk anda untuk ‘gemuk’ lagi. Jadikan baju baru itu sebagai pembakar semangat yang anda tidak akan tukar kepada size baju yang lebih besar.

  1. Tidurlah 8 jam sehari ~ Salah satu penyebab pada masalah gemuk dan sukar untuk menurukan berat badan ialah kerana kurang tidur.  Di waktu tidurlah organ hati dan yang lain-lainnya akan memproses segala makanan yang dimakan dengan lebih effective.  Selalunya ia akan bertindak dengan aktif pada  jam antara 12am – 4am, dan apabila tidur anda tidak cukup, itu juga bermakna proses pembersihan, dan penguraian lemak tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

  1. Makanlah diet seimbang ~ Amalan makan seimbang adalah yang terbaik untuk tubuh: sedikit karbohidrat, sedikit protein, sedikit vitamins dan minerals  di dalam sajian adalah yang terbaik.  Apabila anda tidak makan salah satu dari makanan asas ini ianya mungkin bagus untuk seketika, tetapi yang menjadi bahaya ialah apabila tubuh menghantar ‘signal’ : sakit / kekurangan tenaga, masalah yang lebih besar bermula kerana di waktu itu, apa jua lemak yang ada pada tubuh akan disimpan, dan apa jua kalori dari makanan yang anda makan juga akan disimpan bagi mengelakkan tubuh anda kekurangan tenaga/sakit.  Pernahkah anda dengar ayat seperti 'saya dah cuba tak makan nasi, tetapi saya tetap gemuk!'? Fikir-fikirkanlah......

  1. Yakin boleh & Catit makan minum anda setiap hari (diary pemakanan) ~ Apa jua usaha anda mestilah ada keyakinan bahawa anda boleh melakukannya.  Minda positive memainkan peranan besar, lebih besar dari diet/supplement anda kerana apabila minda positive, segalanya menjadi lebih mudah bagi anda.  Diary pemakanan adalah sangat penting untuk anda mengkaji tindak balas tubuh selepas memakan sesuatu jenis makanan atau minuman kerana tindakbalas tubuh setiap manusia tidak sama.  Dari diary tersebut akan memudahkan anda mengenal pasti kesilapan anda dalam diet seharian dan juga mengenali reaksi tubuh sendiri terhadap sesetengah makanan.  Cara ini walaupun agak leceh, tetapi sangat-sangat efektif!

Wednesday, 8 June 2011

Jenis Sayur Untuk Hapus Lemak di Perut


Jenis Sayuran Untuk Mengurang/Mengelak Lemak Di Perut

Kami pasti ramai yang masih tidak tahu jenis-jenis sayuran tertentu yang mengandungi phytonutrients khas yang sangat membantu mengatasi masalah lemak degil di bahagian perut.

Sebahagian chemical dari pemakanan dan juga alam sekitar kita mengandungi racun perosak, racun serangga, dan petrochemicals tertentu dari udara persekitaran, air, bahan pembersih rumah, kosmetiks dll.  Ia bertindakbalas dengan tubuh dan boleh menyebabkan lebihan lemak di bahagian perut. 

Tak percaya? Inilah kenyataan yang berlaku di persekitaran kita di zaman yang serba canggih ini.
Chemicals ini di kenali dengan nama  XENOESTROGENS

Xenoestrogens adalah sejenis chemical yang apabila terdedah kepadanya boleh menyebabkan tindakbalas estrogen pada tubuh.  Apabila terdedah pada xenoestrogens ini, ia mempengaruhi dan mengganggu keseimbangan hormone baik pada kaum lelaki mahupun kaum wanita. 


Lebihan xenoestrogens ini (yang mungkin didapati dari pemakanan dan gaya hidup setiap hari) boleh menyebabkan tubuh menyimpan lemak di sekitar bahagian perut, sekaligus menyebabkan permasalahan lain termasuk risiko cancer untuk jangka masa panjang.

Menakutkan bukan?  Anda tidak percaya? PERCAYALAH!   kerana fakta ini telah disahkan oleh pakar saintis dan pakar pemakanan.  Sekiranya anda kurang percaya, lihat lah masalah obesity dikalangan kanak-kanak yang mana jarang kita lihat 50 tahun yang lepas…..pemakanan, air  dan persekitaran kita pada masa kini sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan tubuh dan kesihatan – ia bukan lagi sekadar faktor genetic.

WALAUBAGAIMANAPUN, setiap masalah itu pasti ada jalan keluar, sekurang-kurangnya ada cara untuk kita menangani masalah ini.

Jenis sayuran seperti brokoli, bunga kobis, kobis, brussel sprouts, kale, bak choy, dll mengandungi phytonutrients tertentu yang sangat unik seperti indole-3-carbinol (13C) yang sangat membantu melawan gangguan estrogens (xenoestrogens) terutama di bahagian paling lemah : PERUT

Jenis sayuran ini sangat membantu untuk melindungi tubuh dari risiko cancer dengan mengurangkan 'oxidative stress' - molecules bahaya berlebihan yang dipanggil 'oxygen-free radicals' (terjadi dari tindakbalas tubuh).  Apabila jenis radikal bebas ini terkawal, ia dapat mengurangkan risiko cancer kolon, paru-paru, prostat, payudara dan lain-lain jenis cancer.

Manakah satu sayuran jenis 'cruciderous' mengandungi kandungan tinggi vitamin A, C dan folic acid?

  1. Kale (vitamin A)
  2. Broccoli (vitamin C)
  3. Brussels sprouts and broccoli (+ folic acid)
Brussels sprouts mengandungi Vitamin E paling tinggi dan Vitamin B-1.
Brokoli dan Brussels Sprouts mengandungi Omega-3: 1 cawan brokoli (200mg), 1 cawan Brussles sprouts (260mg)


Jadual jenis sayuran (10% daripada 'daily value').  Sebahagian dari sayuran ini mengandungi 'soluble fiber':

Per 1 cawan:
Broccoli
Cauliflower
Cabbage
B. Sprouts
Bok Choy
Kale
                            (stim)              (masak, rebus) (mentah)       (masak)     (masak)     (masak)
Calories 44 34 22 60 20 36
Fiber 5g 5 2 4 3 3
Vitamin A 33% DV 1% 2% 16% 62% 137%
Vitamin B-2 16% 9% 3% 11% 10% 8%
Vitamin B-6 17% 12% 7% 21% 22% 14%
Vitamin C 165% 75% 38% 129% 59% 71%
Folic Acid 23% 18% 10% 23% 17% 4%
Magnesium 12% 5% 4% 10% 6% 7%
Potassium 14% 7% 6% 14% 18% 8%
Omega-3s  200 mg 140 mg 60 mg 260 mg 100 mg 100 mg                






     
Tips:
  • Jangan terlebih masak sayur-sayuran jenis ini.  Warna akan berubah dan berbau ala-sulfur apabila jenis sayuran ini terlebih masak.
  • Apbila membeli brokoli sear, warna keunguan, hijau gelap dan kebiruan di bahagian atas brokoli mengandungi tinggi beta-karoten dan vitamin c berbanding dgn yang hijau terang.
  • Sekiranya berwarna kekuningan - tanda brokoli tersebut sudah layu
  • Tambahkan brokoli atau kobis bunga di dalam diet seharian 
  • Sup sayuran yang mengandungi sayuran jenis ini sangat membantu (guys, remember i shared with you in facebook my recipes sup sayur? try that one! you can feel the fats burning area the belly!)

Friday, 27 May 2011

Saturday, 21 May 2011

Reaksi Semasa Pembersihan Tubuh Berlaku

Gangguan Emosi - Semasa detox / pembersihan berlaku, tubuh akan mudah kenyang kerana kandungan fiber dan juga berlaku beberapa perubahan pada system tubuh menyebabkan seseorang merasa seperti ad agangguan emosi dan fizikal.  Ini hanyalah bersifat sementara.

SAKIT KEPALA
Toksin di dalam tubuh menyebabkan otot menjadi tegang terutamanya di bahagian tengkuk dan bahu.  Apabila detox berlaku, bahagian tersebut akan mengalami beberapa perubahan dan reaksi sakit kepala berlaku kerana perubahan tersebut. Ia adalah tanda pembuangan toksin sedang dilakukan pada tubuh kerana semasa process pembersihan, sel dan tisu-tisu tubuh mulai merungkai dan membuang toksin yang ada.

Penyerapan oksigen ke otak juga lebih efektif menyebabkan pada peringkat permulaan seseorang itu akan dapat merasai tindakbalas sakit kepala sebagai tanda perungkaian tekanan/sekatan yang ada di saluran sistem saraf dan otot.

Antara punca sakit kepala semasa process detox juga ada berkaitan dengan tabiat pengambilan caffeine – amalam minum kopi/Nescafe/sesetengah tea yang berkandungan tinggi caffeine menyebabkan caffeine tersimpan di dalam sel-sel dan apabila pembersihan berlaku, ia dibuang keluar dan masuk ke dalam sistem usus dan colon.

Kami galakkan anda berhenti mengambil minuman bercaffeine untuk beberapa hari (dan anda akan mendapati symptom sakit  kepala akan berkurangan dengan ketara.  Juga tambahkan minum air kosong lebih untuk mempercepatkan proses pembuangan toksin dari badan.

RASA SEJUK/SIMPTOM SEAKAN DEMAM
Ini adalah tanda-tanda tubuh sedang melakukan proses pembersihan toksin dan sedang meng’alkali’kan tubuh kerana apabila terlalu banyak toksin di dalam tubuh, sifat pH nya adalah berasid.  Tubuh yang sihat ialah tubuh yang bersifat alkali. 

Sesetengah antara kita akan mengalami ‘flu-like symptom’ seperti selsema yang mengeluarkan lendiran hijau (selalunya reaksi pada mereka yang mempunyai resdung)/bersin/hidung tersumbat dan ini adalah tanda-tanda positif bahawa pembersihan dibahagian tersebut sedang berlaku.





TEGANG URAT/OTOT
Ini adalah kerana pembersihan di dalam sistem urat saraf dan otot terutamanya di bahagian kaki kerana proses 'elimination' sedang berlaku.  Digalakkan melakukan urutan lembut atau pergerakan ringan dan mandi air panas (jgn terlalu kerap) untuk menggalakkan toksin keluar melalui sistem perpeluhan




 
LOYA TEKAK & MUAL
Apabila pembersihan berlaku dengan cepat terutama di sistem limfa, seseorang akan mendapat reaksi rasa ini – ianya bersifat sementara dan dapat dipercepatkan processnya dengan mengamalkan minum air putih yang mencukupi bagi membantu mempercepatkan process pembuangan toksin.






SAKIT BELAKANG
Reaksi ini berlaku disebabkan kerana pengumpulan toksin di bahagian bawah intestine.  Sakit belakang akan berkurangan selepas toksin dikeluarkan dari tubuh.





 



NAFAS BERBAU
Toksin dibuang melalui paru-paru.






 



CIRIT BIRIT
Ini selalunya berlaku pada peringkat permulaan process detox terutama kepada yang tidak pernah melakukan pembersihan tubuh / mengandungi kandungan toksin yang tinggi di dalam badan.  Hanya bersifat sementara sekitar 1-3 hari.



 

 
RASA NAK PITAM
Semasa process pembersihan tubuh berlaku, tubuh akan cuba untuk menyimpan tenaga – hanya bersifat sementara, selepas toksin dikeluarkan dari tubuh, anda akan merasa lebih segar dan sihat.

Friday, 20 May 2011

Apalah Gunanya.....

Ramai nak langsing dan cantik, tapi berapa ramai antara kita yang menekankan aspek kesihatan di dalam process tersebut?

  • Ada yang makan produk tertentu tapi harus mengira kalori, tidak dibenarkan menyentuh nasi, dsbgnya
  • Ada yang diet sendiri dengan skip sarapan / makan tengahari / makan malam
  • Ada yang langsung tak menyentuh makanan berkarbohidrat selama berbulan-bulan
  • Ada yang makan ubat-ubatan pelangsing terkawal yang sepatutnya untuk mengatasi masalah serious seperti tahap obese yang terlampau
  • Ada yang melakukan senaman berlebih-lebihan, dll

TAPI dalam pada kita nak turunkan berat badan, pernah tak kita terfikir bahawa tubuh kita memerlukan process pembersihan terlebih dahulu?

Bagaimana usaha melangsingkan badan nak berkesan sekiranya dalam tubuh kita serabut dengan pelbagai jenis toksin & parasites? Tubuh tak dapat menyerap zat / vitamin / mineral dgn baik, penyerapan oxygen ke otak tersekat-sekat akibat penyumbatan toksin di dalam system?

AURABELLA SUPER FIBER dicipta khas untuk  membaikpulih tubuh dari semua ini!!!!



Gabungan Super Foods dan Greens ini sangat bagus untuk merungkai segala yang 'berselirat' di dalam badan dan dibuang melalui proses perpeluhan, najis dan air kecil, termasuk juga dengan lendir-lendir yang keluar dari sistem ronga tubuh.

Kita sanggup berhabis duit untuk produk yang mahal, guna bag tangan berjenama, berbaju kurung dari kain sutera yang mahal...tetapi kita 'KEDEKUT' untuk invest dalam kesihatan tubuh.....

JANGANLAH kita jadi alpa kerana rezeki sebenar dari Tuhan bukanlah sekadar wang ringgit yang melimpah ruah, rumah besar dan kereta jenama terkenal TETAPI  ialah kesihatan yang ada pada diri kita.

Apalah wang ringgit berjuta sekiranya kita terlantar di katil hospital, mengharapkan belas ihsan jururawat melayan keperluan kita?
Apalah gunanya alat solek dan kasut tumit tinggi Jimmy Choo apabila kaki harus dipotong kerana sakit kencing manis? 
Apalah gunanya kereta dan bungalow yang mewah sekiranya diserang penyakit jantung?
Apalah gunanya kecantikan luaran sekiranya di dalam 'menjerit-jerit' memohon perhatian?


~Sekadar renungan & untuk peringatan kita bersama~

Sunday, 15 May 2011

5 Cara Mudah Mengurangkan Berat Badan


1. MINUM AIR SEJUK! (Iced Water)


Minumlah sekurang-kurangnya 2 liters setiap hari (bergantung pada keperluan tubuh, the more u take supplements, the more water u may need to drink).  It has to be iced water sebab body will burn 100 calories just by heating the water to normal body temperature.  Air sangat membantu tubuh membakar lemak sekaligus memperbaiki sistem hati untuk pembersihan toxin.  Additional some squeezed lemon (sedikit sahaja bergantung kpd keperluan) di dalam air kosong mempunyai benefit tambahan untuk membersihkan hati.

So now, pls do not worry pasal if minum air sejuk perut buncit, minum air panas perut kempis ya...this has been experimented by experts.  Tubuh kita dengan sendirinya akan menggunakan kalori yang ada untuk cuba memanaskan air sejuk yang diminum.

BONUS!!! Apabila kita dapat menangani rasa haus (minum air sejuk), secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa lapar.

2.  GREEN TEA

Minumlah sekurang-kurangnya 5 cawan sehari.  Kajian mendapati dapat membantu membakar sekurang-kurangnya 80 kalori  sehari.  Green tea juga mengandungI antioxidant dan membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

So dearies, Aurabella Slim / Fabuloshape mengandungi kandungan Green Tea dan kombinasi bersama beberapa beneficial ingredients sangat membantu dalam peningkatan metabolisme dan pembakaran lemak, sekaligus menyihatkan tubuh.

3. CILI / CILI SAUCE / MUSTARD

Bagi yang suka pada makanan pedas, jenis makanan pedas membantu meningkatkan pembakaran kalori antara 5-10% sehingga 2 jam selepas makan.  Ini adalah kerana ia mengandungi ‘capsaicin’ yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

So kepada yang suka pedas, yeaaaayyyy!!!!

P/S kepada yang mempunyai masalah resdung yang serious, pedas is a no-no ya...so treat your sinus first then bila terkawal go full blast makan pedas-pedas, yummy!

4. PRODUK TENUSU RENDAH LEMAK


Sangat-sangat membantu membakar lemak di bahagian abdomin / perut.  Ini adalah kerana jenis makanan ini mengandungi kadar kalsium yan gtinggi yang sangat membantu merungkai lemak dari sel-sel lemak

So, pls jangan takut untuk minum susu, sebab it won’t make you fat, it will increase your kalsium, menguatkan tulang dan membantu membakar lemak!

Tambahan: My recommendation is to take yoghurt.



5. MAKANLAH SERAT / FIBER

Serat yang cukup di dalam diet setiap hari sangat membantu membuang toxin dan hampas makanan melalui kumbuhan, sekaligus juga kerana sifatnya seperti ‘sponge’ di dalam usus, membantu membuat kita mudah rasa kenyang.

Average person can lose sekitar 4-5 kilograms setahun hanya dengan menambah 25 grams serat di dalam diet setiap hari.

Aurabella Super Fiber mengandungi gabungan ‘greens’ dan fiber yang bagus untuk membantu pembersihan tubuh, menyihatkan system hati, mengurangkan water retention dan sekaligus menurunkan berat badan.

~Aurabella~