Thursday, 24 May 2012

5 Kepercayaan Kurang Tepat Untuk Kurus & Sihat

Kami list kan beberapa kepercayaan kurang tepat berkaitan berat badan untuk anda renungkan.

Dalam usaha untuk menurunkan berat badan, pelbagai cara dan teknik dikongsi oleh pelbagai pihak, namun ada sebahagiannya harus kita kaji dan ambil kira bukan sekadar untuk langsing, tetapi juga untuk mengekalkannya agar tidak berlaku kesan 'yo-yo' dan juga paling utama ialah kesihatan organ dalaman dan fungsi tubuh kita.

Cintailah tubuh anda bukan sekadar untuk cantik dan kekal kurus tetapi juga demi kesihatannya.


Kepercayaan  Kurang Tepat  #1:  KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI MAKANAN ANDA



Fakta Sebenar:  Ramai  percaya / di ajar berkaitan dengan 'kurangkan kalori' atau 'skipping meals' membantu penurunan berat badan yang cepat.  Kebenarannya jauh meleset!.  Diet seperti ini akan menyebabkan tubuh sangat lapar kerana tidak mendapat tenaga yang diperlukan dan organ tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak mendapat zat-zat sokongan yang diperlukan setiap hari.  Sekaligus ia juga membuatkan anda 'terlebih' makan apabila menyekat kalori anda keterlaluan.

Apabila ini berlaku, tubuh akan berada dalam mode 'starvation' / terlalu lapar menyebabkan secara langsung ia memperlahankan keupayaannya untuk membakar kalori itu sendiri.  Walaupun pada peringkat permulaan anda akan dapati lebih kurus TETAPI anda terlepas pandang kehilangan otot dan air dalam tubuh di mana pada jangkamasa panjang akan menyebabkan tubuh tidak dapat mengekalkan keupayaan membakar lemak dengan pantas dan juga tubuh badan yang tidak kemas, menggelember dan mudah gemuk semula dengan cepat.

Penyelesaian:  Makan 'smaller meals' lebih kerap, makanlah snek-snek sihat diantaranya supaya dapat mengekalkan paras gula dalam darah supaya stabil.  Sekiranya and ingin mengurangkan berat tetapi tetap ingin mengawal pengambilan kalori, mulakan dengan hidangan kecil dan makan setiap 3 jam.  Cara sebegini lebih selamat dan efektif untuk pengekalan penurunan berat badan di samping menjaga kestabilan sistem metabolism berbanding diet kalori secara drastik.


Kepercayaan Kurang Tepat #2:  JANGAN MAKAN MAKANAN BERLEMAK



Fakta Sebenar:  Tubuh memerlukan lemak - ia membantu tubuh menyerap nutrisi tertentu.  Lemak sangat penting untuk sel membran dan membantu fungsi saraf tubuh sekaligus untuk kecantikan kulit.  Walau bagaimanapun, apabila mengambil lemak berlebihan, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan, masalah jantung dan juga kanser.  Oleh sebab itu sangat penting untuk menggantikan lemak jahat (saturated) dengan lemak baik (monounsaturated dan polyunsaturated) seperti minyak zaitun, flaxseed, ikan salmon, ikan sardin, buah avocado dan kekacang.  Tubuh memerlukan 25 - 30 peratus lemak baik setiap hari.



Kepercayaan Kurang Tepat #3:  TELUR MENINGKATKAN KADAR KOLESTEROL



Fakta Sebenar:  Kuning telur sahaja yang mengandungi kolesterol tetapi dengan jumlah yang sedikit, berbanding dengan jenis makanan lain.  Telur juga adalah sumber protein yang tinggi tetapi lebih lembut pada tubuh berbanding sumber protein daging merah.  Ia mengenyangkan dan meningkatkan tenaga.  Ramai tidak menyedari masalah peningkatan kolesterol sebenarnya adalah dari pengambilan makanan tinggi lemak saturated dan telur mengandungi kandugnan lemak saturated yang sangat sedikit.

Tip:  Makanlah telur di waktu sarapan atau antara makan atau waktu malam tetapi limit kan kepada 1-2 biji sehari, 3 x seminggu sudah memadai. 



Kepercayaan Kurang Tepat #4: ELAKKAN KARBOHIDRAT 100% JIKA NAK KURUS


Fakta Sebenar:  Adalah sangat penting untuk mengawal pengambilan karbohidrat dari makanan tinggi gula dan tepung putih, akan tetapi ramai yang berdiet mengamalkan diet yang keterlaluan sehinggakan mengelak terus untuk makan makanan berkarbohidrat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Sebenarnya 50% daripada pemakanan manusia setiap hari perlulah dari sumber berkarbohidrat, terutamanya dari sumber sayur-sayuran.  Dengan menyekat secara drastik pengambilan makanan jenis karbohidrat akan menyebabkan kehilangan otot dan cecair tubuh sekaligus menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem metabolisme dan fungsi tubuh yang lain. Akibatnya tubuh akan lemah, signal 'starvation' berlaku dan menyebabkan apa jua makanan yang anda makan akan diserap ke kilang lemak bagi mengelakkan 'jatuh sakit lebih teruk lagi' - inilah translation tubuh yang akan berlaku apabila anda tidak mendapat sumber karbohidrat yang sepatutnya setiap hari!  Jadi jangan berasa pelik mengapa anda kurus bila mengelak karbohidrat tetapi berat bertambah berkali-kali ganda apabila berhenti diet sebegini, atau kerap kali juga tiada penurunan berat badan berlaku langsung.

Makanlah dengan seimbang!

Kepercayaan Kurang Tepat #5: DIET TINGGI  PROTEIN YANG TERBAIK UNTUK KURUS 



Fakta Sebenar:  Tubuh menggunakan protein untuk membakar HANYA dalam kes-kes ekstrim / tertentu.    Secara asasnya, protein yang berlebihan di dalam tubuh akan disimpan sebagai lemak tubuh!

Sebenarnya, tubuh memerlukan karbohidrat yang cukup untuk membina otot yang sekaligus membantu pembentukan tubuh yang lebih menarik dan kemas dan langsing.  Dengan mengambil protein lebih membantu membina otot hanya sekiranya anda bersenam di waktu yang sama bagi mengelakkan protein tersebut tersimpan sebagai lemak.

Protein yang berlebihan juga sangat berbahaya untuk kesihatan buah pinggang dan juga sistem hati dan limfa.  Oleh sebab itu diet tinggi protein tidak bagus untuk kesan jangkamasa panjang bukan sahaja dalam sistem penurunan berat badan tetapi juga kesihatan organ tubuh dalaman.  Ia boleh menyebabkan pengumpulan toksin yang tinggi dalam tubuh sekiranya diamalkan diet jenis ini berterusan.

No comments:

Post a Comment