Monday, 22 October 2012

Guna Logik Untuk Langsing



Semua orang ingin langsing kerana banyak faktor yang mempengaruhi keinginan ini.  Namun begitu, seringkali ramai juga yang mudah terpengaruh dengan 'result sementara' apabila dapat menurunkan berat badan dengan cepat.

Pelbagai teknik diet semakin berleluasa di mana-mana yang akhirnya 5-10 tahun akan datang menjerat diri sendiri.  Antara teknik diet paling popular ialah diet yang memberi penekanan terhadap kumpulan makanan protein + sayur-sayuran tetapi mengenepikan keperluan tubuh mendapatkan sumber karbohidrat YANG CUKUP untuk tubuh setiap hari.

Diet ini secara tidak langsung pastinya akan menurunkan berat badan dengan sangat cepat, tetapi persoalannya:

  • Adakah ia benar-benar sesuai dengan gayahidup anda?
  • Adakah ia benar-benar diet yang betul dan sihat untuk kesihatan anda 5 - 10 tahun dari sekarang
  • Adakah ia benar-benar mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh?
  • Adakah anda akan meneruskannya seumur hidup?
  • Apakah yang akan berlaku apabila anda berhenti mengamalkan diet sebegini / pergantungan terhadap supplement/makan gantian?
  • Adakah tubuh anda 'bersetuju' dengan diet trick ini selama-lamanya?

Ini adalah antara persoalan yang sering terlepas pandang kerana keghairahan mendapatkan result yang cepat semata.

Mengikut logik, apabila anda 'berpantang' karbohidrat dan menggantikannya dengan yang lain pastinya akan mengurangkan berat badan anda dengan sangat cepat, tetapi secara realitinya anda telahpun 'menipu' keperluan tubuh yang sebenarnya.  Ini adalah sangat bahaya di masa akan datang kerana ketidakseimbangan diet mengakibatkan pelbagai masalah lain:

  • Kadar pengumpulan toksin yang sangat tinggi akibat kecenderungan terhadap 1-2 jenis gizi pemakanan sahaja
  • Kerosakan sistem hati, buah pinggang dan ginjal
  • Permasalahan pada sistem organ terbesar iaitu kulit mengakibatkan berlakunya rembesan toksin dan kegatalan / allergy
  • Gangguan metabolism
  • Gangguan ketidakseimbangan hormon
  • Gangguan mental/kemurungan/migrain
  • Gangguan fizikal tubuh / keletihan /kelesuan
  • Keguguran rambut yang serious, masalah mata
  • Kegagalan tubuh untuk berfungsi dengan normal kerana signal minda dan keperluan tubuh tidak selari, dll
Oleh kerana itu, kami suka untuk menyarankan bagi mereka yang benar-benar ingin menurunkan berat badan dengan SELAMAT dengan bantuan supplement/makanan tambahan supaya kesan penurunan berat badan biarlah teratur dan perubahan yang sedikit tetapi konsisten.  Penurunan berat badan yang terlalu mendadak akan membuatkan ketidakseimbangan hormon Leptin & Ghrelin yang akhirnya akan menyebabkan penurunan berat badan hanyalah separuh jalan dan akhirnya berlakulah peningkatan berat badan yang mendadak semula (kerosakan di bahagian sistem metabolisme tubuh)

Makanlah gizi pemakanan yang seimbang bersama supplement pelangsingan dan pastikan tubuh mendapat tambahan air yang mencukupi bagi membantu melancarkan sistem tubuh.

Wednesday, 20 June 2012

JOM KITA KENALPASTI JENIS GEMUK

Ramai antara kira yang sudah mencuba menurunkan berat badan dengan mengamalkan pelbagai produk, teknik berdiet dan senaman tetapi kesan yang dapat sangat berbeza-beza.

Adakah produk/teknik diet dan senaman yang anda lakukan tidak berkesan?

Okay, jom kita kaji jenis lemak yang ada pada tubuh kerana ia sangat mempengaruhi cepat/lambatnya tindakbalas tubuh apabila anda sedang menjalankan program pelangsingan.

Ada cara untuk mengenalpastinya:



GEMUK AIR (Paling Cepat Kurus Bila Menjalani Program Pelangsingan




  • Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri 
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.



GEMUK ANGIN (Tempoh waktu sederhana apabila menjalani program pelangsingan)





  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut




GEMUK DAGING (Paling lambat kesan apabila menjalani program pelangsingan, perlu amalkan secara konsisten)



  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang
Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.

SO, SEKARANG CUBA ANDA PICIT LENGAN/PEHA  UNTUK KENAL PASTI JENIS LEMAK PADA TUBUH DAN LEBIH MEMUDAHKAN ANDA MENGURANGKANNYA.  TIPS INI JUGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBERI JAWAPAN KENAPA ANDA MUNGKIN MENDAPAT RESULT SANGAT CEPAT/AGAK LAMBAT SEMASA MENJALANI PROGRAM PELANGSINGAN.

AURABELLA FIBER DAN FORTE' BERUPAYA MEMBANTU MENGATASI KETIGA-TIGA JENIS GEMUK INI.  ANDA HANYA PERLU TERUS MENGAMALKANNYA SECARA KONSISTEN PALING KURANG 3 BULAN UNTUK MELIHAT KESAN SEBENAR DARI HASIL PROGRAM PELANGSINGAN ANDA.



Tuesday, 12 June 2012

CABARAN LANGSING AIDILFITRI 2012 ~ HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI!!!!





Sila hubungi kami melalui pagi Syarikat / Stokis / Agent atau sms ke 0172597791 untuk maklumat lanjut

Sunday, 27 May 2012

Cool Exercise Finder

Girls, this is really cool!  

Click pada mana-mana bahagian tubuh dan ia akan berikan pelan khas bersenam untuk bahagian tersebut.

Best kan?


Thursday, 24 May 2012

5 Kepercayaan Kurang Tepat Untuk Kurus & Sihat

Kami list kan beberapa kepercayaan kurang tepat berkaitan berat badan untuk anda renungkan.

Dalam usaha untuk menurunkan berat badan, pelbagai cara dan teknik dikongsi oleh pelbagai pihak, namun ada sebahagiannya harus kita kaji dan ambil kira bukan sekadar untuk langsing, tetapi juga untuk mengekalkannya agar tidak berlaku kesan 'yo-yo' dan juga paling utama ialah kesihatan organ dalaman dan fungsi tubuh kita.

Cintailah tubuh anda bukan sekadar untuk cantik dan kekal kurus tetapi juga demi kesihatannya.


Kepercayaan  Kurang Tepat  #1:  KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI MAKANAN ANDA



Fakta Sebenar:  Ramai  percaya / di ajar berkaitan dengan 'kurangkan kalori' atau 'skipping meals' membantu penurunan berat badan yang cepat.  Kebenarannya jauh meleset!.  Diet seperti ini akan menyebabkan tubuh sangat lapar kerana tidak mendapat tenaga yang diperlukan dan organ tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak mendapat zat-zat sokongan yang diperlukan setiap hari.  Sekaligus ia juga membuatkan anda 'terlebih' makan apabila menyekat kalori anda keterlaluan.

Apabila ini berlaku, tubuh akan berada dalam mode 'starvation' / terlalu lapar menyebabkan secara langsung ia memperlahankan keupayaannya untuk membakar kalori itu sendiri.  Walaupun pada peringkat permulaan anda akan dapati lebih kurus TETAPI anda terlepas pandang kehilangan otot dan air dalam tubuh di mana pada jangkamasa panjang akan menyebabkan tubuh tidak dapat mengekalkan keupayaan membakar lemak dengan pantas dan juga tubuh badan yang tidak kemas, menggelember dan mudah gemuk semula dengan cepat.

Penyelesaian:  Makan 'smaller meals' lebih kerap, makanlah snek-snek sihat diantaranya supaya dapat mengekalkan paras gula dalam darah supaya stabil.  Sekiranya and ingin mengurangkan berat tetapi tetap ingin mengawal pengambilan kalori, mulakan dengan hidangan kecil dan makan setiap 3 jam.  Cara sebegini lebih selamat dan efektif untuk pengekalan penurunan berat badan di samping menjaga kestabilan sistem metabolism berbanding diet kalori secara drastik.


Kepercayaan Kurang Tepat #2:  JANGAN MAKAN MAKANAN BERLEMAK



Fakta Sebenar:  Tubuh memerlukan lemak - ia membantu tubuh menyerap nutrisi tertentu.  Lemak sangat penting untuk sel membran dan membantu fungsi saraf tubuh sekaligus untuk kecantikan kulit.  Walau bagaimanapun, apabila mengambil lemak berlebihan, ia boleh menyebabkan penambahan berat badan, masalah jantung dan juga kanser.  Oleh sebab itu sangat penting untuk menggantikan lemak jahat (saturated) dengan lemak baik (monounsaturated dan polyunsaturated) seperti minyak zaitun, flaxseed, ikan salmon, ikan sardin, buah avocado dan kekacang.  Tubuh memerlukan 25 - 30 peratus lemak baik setiap hari.



Kepercayaan Kurang Tepat #3:  TELUR MENINGKATKAN KADAR KOLESTEROL



Fakta Sebenar:  Kuning telur sahaja yang mengandungi kolesterol tetapi dengan jumlah yang sedikit, berbanding dengan jenis makanan lain.  Telur juga adalah sumber protein yang tinggi tetapi lebih lembut pada tubuh berbanding sumber protein daging merah.  Ia mengenyangkan dan meningkatkan tenaga.  Ramai tidak menyedari masalah peningkatan kolesterol sebenarnya adalah dari pengambilan makanan tinggi lemak saturated dan telur mengandungi kandugnan lemak saturated yang sangat sedikit.

Tip:  Makanlah telur di waktu sarapan atau antara makan atau waktu malam tetapi limit kan kepada 1-2 biji sehari, 3 x seminggu sudah memadai. 



Kepercayaan Kurang Tepat #4: ELAKKAN KARBOHIDRAT 100% JIKA NAK KURUS


Fakta Sebenar:  Adalah sangat penting untuk mengawal pengambilan karbohidrat dari makanan tinggi gula dan tepung putih, akan tetapi ramai yang berdiet mengamalkan diet yang keterlaluan sehinggakan mengelak terus untuk makan makanan berkarbohidrat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Sebenarnya 50% daripada pemakanan manusia setiap hari perlulah dari sumber berkarbohidrat, terutamanya dari sumber sayur-sayuran.  Dengan menyekat secara drastik pengambilan makanan jenis karbohidrat akan menyebabkan kehilangan otot dan cecair tubuh sekaligus menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem metabolisme dan fungsi tubuh yang lain. Akibatnya tubuh akan lemah, signal 'starvation' berlaku dan menyebabkan apa jua makanan yang anda makan akan diserap ke kilang lemak bagi mengelakkan 'jatuh sakit lebih teruk lagi' - inilah translation tubuh yang akan berlaku apabila anda tidak mendapat sumber karbohidrat yang sepatutnya setiap hari!  Jadi jangan berasa pelik mengapa anda kurus bila mengelak karbohidrat tetapi berat bertambah berkali-kali ganda apabila berhenti diet sebegini, atau kerap kali juga tiada penurunan berat badan berlaku langsung.

Makanlah dengan seimbang!

Kepercayaan Kurang Tepat #5: DIET TINGGI  PROTEIN YANG TERBAIK UNTUK KURUS 



Fakta Sebenar:  Tubuh menggunakan protein untuk membakar HANYA dalam kes-kes ekstrim / tertentu.    Secara asasnya, protein yang berlebihan di dalam tubuh akan disimpan sebagai lemak tubuh!

Sebenarnya, tubuh memerlukan karbohidrat yang cukup untuk membina otot yang sekaligus membantu pembentukan tubuh yang lebih menarik dan kemas dan langsing.  Dengan mengambil protein lebih membantu membina otot hanya sekiranya anda bersenam di waktu yang sama bagi mengelakkan protein tersebut tersimpan sebagai lemak.

Protein yang berlebihan juga sangat berbahaya untuk kesihatan buah pinggang dan juga sistem hati dan limfa.  Oleh sebab itu diet tinggi protein tidak bagus untuk kesan jangkamasa panjang bukan sahaja dalam sistem penurunan berat badan tetapi juga kesihatan organ tubuh dalaman.  Ia boleh menyebabkan pengumpulan toksin yang tinggi dalam tubuh sekiranya diamalkan diet jenis ini berterusan.

Thursday, 17 May 2012

Tips mengurangkan rasa lapar berterusan


Pernah tak anda rasa lapar yang terlampau, atau makan tanpa henti walaupun anda baru sahaja selesai makan tengahari, atau makan malam?  Sesetengah bahan dalam makanan boleh menipu tubuh sehinggakan anda tidak mengenal signal kenyang, menyebabkan anda berterusan rasa lapar dan ini menambah masalah berat badan terutama di bahagian perut sekiranya anda tidak mampu untuk mengawalnya


Cuba beberapa tips simple untuk mengurangkan ‘cravings’ anda:

1.      Elakkan / Kurangkan minuman bergas dan manis

Soda, teh ais segera dan minuman manis yang lain adalah antara sumber fruktos yang sangat tinggi.  Kajian mendapati fruktos boleh ‘menipu’ minda agar kekal rasa lapar walaupun sebenarnya tubuh kenyang.  Ia membantutkan hormone Leptin (hormone kenyang) dari menghantar signal kenyang pada tubuh.

2.      Elakkan makanan dalam tin

Kebanyakan makanan dalam tin tinggi dengan chemical seperti bisphonel-A, atau BPA.  Ia boleh menyebabkan keseimbangan hormone Leptin (hormone rasa kenyang) terganggu ~ antara penyebab rasa lapar selalu dan obesity.

3.      Makanlah sarapan pagi yang cukup untuk tubuh.

Kajian mendapati individu yang makan sarapan yang sedikit lebih mudah gemuk berbanding individu yang makan sarapan yang lengkap dan cukup. Makanlah sarapan pagi yang cukup bagi mengelakkan rasa lapar yang berpanjangan disebabkan kerana ketidakseimbangan gula dalam darah dan insulin tubuh.  Simple rule untuk difahami: Anda akan lebih cepat gemuk sekiranya anda tidak bersarapan atau kurang bersarapan, anda akan lebih mudah mengawal berat badan sekiranya anda bersarapan setiap hari!

4.      Makanlah sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang cukup setiap hari

Sayur-sayuran dan ulam-ulaman hijau adalah kaya dengan sumber penting vitamin folate – B yang melindungi tubuh dan minda dari depresi, keletihan dan berat badan.  Ia juga mengandungi sumber vitamin K yang tinggi yang membantu menyeimbangkan kadar insulin dan melambatkan rasa lapar.  Sekiranya anda tidak gemar makan sayur-sayuran, anda boleh menambah keperluan vitamin-vitamin ini dari farmasi tetapi sila menurut arahan pemakan yang telah ditetapkan.



5.      Minumlah minuman jenis teh pada waktu petang (tea-time)

Menurut kajian, dengan mengamalkan teh (teh hitam, teh hijau, teh tanpa gula), kadar gula dalam darah dapat dikurangkan sebanyak hampir 10% selepas 2 ½ jam anda makan makanan tinggi karbohidrat.  Ini sangat membantu anda rasa kenyang lebih lama sebelum makan malam anda.  Cuma anda perlu pastikan minum teh tanpa gula.  Boleh sahaja makan kudapan ringan tetapi jika anda anda takut termakan makanan yang tinggi gula seperti kuih muih dan kek, memadai dengan hanya minum secawan teh kosong di waktu petang.

6.      Pastikan tubuh cukup air.

Rasa lapar juga boleh berlaku apabila tubuh kekurangan air (dehydration).  Pastikan tubuh dapat air yang mencukupi. Sekiranya anda baru sahaja makan dan masih lagi rasa ingin makan/mengudap, minumlah segelas air terlebih dahulu sebelum meneruskan keinginan makan.  Selalunya rasa lapar tersebut akan berkurangan sedikit demi sedikit

7.      Penuhi harian anda dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda

Kadangkala anda makan berlebihan kerana anda boring atau tiada aktiviti yang mampu merangsang minda untuk focus.  Penuhilah hari anda dengan aktiviti yang merangsang minda dan tubuh.